Hentikan kebencian! - Henry Golding - Utusan Malaysia

Hentikan kebencian! – Henry Golding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Henry Golding, 34, menyelar sikap mendiskriminasi masyarakat Asia dan Asia Tenggara seperti yang berlaku di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Menurut anak jati kelahiran Sarawak itu, orang ramai seharusnya tampil menghulurkan bantuan daripada bersikap mendiamkan diri dan tidak ambil peduli.

“Sikap kebencian terhadap orang Asia ini sudah menular di seantero dunia, bukan di Amerika sahaja. Di United Kingdom (UK) misalnya, komuniti Asia Selatan dan Asia Tenggara turut terkesan dengan permasalahan ini.

“Jangan hanya melihat dan berdiam diri saja. Sekiranya anda melihat ketidakadilan yang berlaku, lakukan apa yang termampu untuk menolong mangsa.

“Jadi hulurkan bantuan kerana setiap sumbangan kepada badan-badan terbabit dapat membawa kepada perubahan untuk menangani isu itu,” katanya menerusi Instagramnya.

Dalam perkongsian sama di akaun Instagram miliknya, pelakon filem Crazy Rich Asians itu turut berterima kasih kepada rakannya yang juga pelakon, Gemma Chan yang memulakan inisiatif ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya