Henti jualan atau tindakan undang-undang - Utusan Malaysia

Henti jualan atau tindakan undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemilik Home of Champions, Mozylir Mokhtaruddin, bakal berdepan tindakan undang-undang sekiranya gagal menghentikan kegiatan perniagaan dengan menggunakan jenama Search dalam tempoh tujuh hari.

Menurut ahli kumpulan legenda rock tanah air, Nasir Search berkata, Mozylir ada berjumpa dengannya pada awal tahun ini dan menyatakan hasrat bagi tujuan _merchandising_ Search (penjualan barang dagangan).

“Kami akan mengambil nasihat guaman dan memulakan tindakan undang-undang. Dia kata nak buat kasut AliphxSearch dan buat dokumentari. Saya katakan perkara yang mereka nak buat itu mesti dibawa ke pengetahuan semua ahli termasuk Amy.

“Perkara-perkara tersebut bukan kecil, ia melibatkan imej, harta intelek dan sejarah Search 40 tahun. Ketika itu, katanya nanti akan diceritakan kepada Amy. Jadi, saya ambil pendirian yang Mozylir akan buat seperti dikatakan,” ujarnya.

Kenyataan Nasir dibaca bekas vokalis, Suhaimi Abdul Rahman, 62, atau lebih dikenali Amy Search ketika sesi siaran langsung menerusi Instagram @akuamysearch, malam semalam.

Berkenaan jumlah hasil jualan, surat tuntutan oleh Izral Partnership Advocates & Solicitors, Mohd Izral Khairy, telah dikeluarkan kepada Mozylir untuk mendedahkan akaun daripada perniagaan yang melibatkan jenama Search.

Senada dengan Amy dan Nasir, anak kepada arwah Yazid, Shahmirnuri, 36, turut mendapatkan nasihat guaman sama sebagai langkah melindungi hak-hak mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya