PETALING JAYA: Pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin, membidas semula komen seorang warganet yang menegur tindakan memeluk dan mencium anaknya sendiri, Azil, yang merupakan seorang autism.
Menerusi perkongsian di entri Instagram Zarina, insan tersebut menegurnya agar tidak memeluk Azil secara berlebihan kerana dia mempunyai nafsu juga. Namun, Zarina membalas komen tersebut dengan tenang.
“Apalah pemikiran awak, anak saya tiada nafsu yang begitu. Dia cuma ingin belaian kasih sayang dari seorang ibu,” tulisnya.
Dalam pada itu, melalui perkongsian itu juga dibanjiri komen menyokong tindakan pelakon tersebut membelai dan memeluk anaknya dengan penuh kasih sayang seorang ibu.
“Anak-anak istimewa ini adalah anak syurga, memang perlu sentiasa di peluk dan dibelai agar dia rasa sentiasa disayangi.
“Anak autism memang perlukan lebih belaian dan kasih sayang. Kak Zarina ibu yang penyayang, tidak salah pun peluk serta mencium anak walaupun dia normal atau austime,” tulis seorang individu di ruangan komen.