Dah berulat, busuk takkan nak bagi orang? - Aliff Syukri - Utusan Malaysia

Dah berulat, busuk takkan nak bagi orang? – Aliff Syukri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Meluahkan rasa kecewa dek pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini, usahawan dan selebriti popular, Datuk Aliff Syukri terpaksa menanggung rugi ribuan ringgit lantaran persiapan jamuan raya yang ‘terbengkalai’.

Katanya, daging lembu dan kambing yang ditempah untuk jamuan raya bersama pekerjanya habis rosak dan terpaksa dibuang sahaja kerana tiada siapa untuk dijamu sempena hari raya.

“Daging-daging itu semua ada yang saya buang sahaja. Dah berulat, busuk takkan nak bagi orang makan. Nak buat macam mana. Kita sebagai rakyat ikut sahaja arahan kerajaan.

“Sedih memang sedih, yalah niat hendak sedekah, buat jamuan untuk pekerja akhirnya begini pula jadi. Rugi memang rugi tetapi nak buat apa lagi kan? Reda sahajalah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Aliff pernah meluahkan kekecewaannya di Instagramnya lantaran PKP 3.0 kerana sudah membuat persiapan awal dalam perancangannya untuk menjamu tetamu.

Menurut selebriti media sosial itu, dia sudah menempah seekor lembu dan lima ekor kambing untuk menjamu pekerjanya terutama golongan bujang yang tidak dapat pulang beraya di kampung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya