Budak teater tak macam itu - Nad Zainal - Utusan Malaysia

Budak teater tak macam itu – Nad Zainal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kesal dengan tindakan seorang gadis yang mengkritik bakat nyanyian penyanyi Nabila Razali dalam media sosial baru-baru ini, pelakon berbakat, Nad Zainal tidak menolak bahawa individu tersebut mungkin bukan benar-benar seorang ‘budak teater’.

Menurut Nad, dia tidak berkenan dengan cara gadis tersebut berbangga mengaku dirinya ‘budak teater’ kerana tiada seorang tenaga pengajar dalam bidang itu yang akan berkelakuan seperti itu apatah lagi memburukkan bakat orang lain.

“ Melihat kepada penampilan dan caranya berbual, tidak melambangkan dirinya sebagai seorang budak teater yang mencintai seni.

“Saya tak suka bila seseorang menggelaran dirinya orang teater, tetapi buat perkara seperti itu. Budak teater sebenar bukan begitu.

“Setahu sayalah, sepanjang tiga tahun belajar teater, tak ada pula cikgu-cikgu burukkan orang lain. Tak ada pula cikgu bercerita atau gosip dan nak kritik orang lain begitu sekali,”katanya ketika ditemui di Bazar Aidifitri Che Salmah di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di ibu kota, baru-baru ini.

Selain itu, menurut Nad, dia bimbang sekiranya perbuatan seperti gadis tersebut boleh menyebabkan orang luar menjadi skeptikal dan memandang serong terhadap pelajar-pelajar teater yang lain.

“Cara dia pun tak macam budak teater yang cintakan seni. Dia dengan solekan tebal macam itu, kemudian memburukkan orang-orang yang cintakan teater, mengapa ya?

“Setahu saya, budak teater semua baik dan tak cakap buruk fasal orang lain. Saya takut disebabkan dia, orang lain pula menyampah dengan kami yang ada latar belakang teater,”katanya.

Terdahulu, seorang gadis telah memuat naik sebuah video TikTok yang tular membandingkan bakat nyanyian Nabila Razali dengan biduanita negara, Allahyarham Puan Sri Saloma.

Menerusi rakaman tersebut, individu itu berkongsikan ‘syarahan’ pensyarahnya mengenai kemampuan Nabila mengambil masa setahun untuk belajar menyanyi berbanding Saloma yang hanya mengambil masa sehari.

Video tersebut turut mendapat reaksi penyanyi Peluang Kedua itu sebelum ini yang menganggap dia tidak tahu apa tujuan sebenar individu tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya