‘Boleh ke hentikan drama fantasi?’- Izara Aishah - Utusan Malaysia

‘Boleh ke hentikan drama fantasi?’- Izara Aishah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Izara Aishah, 28, memcetuskan tanda tanya mengapa industri lakonan masih mengetengahkan jalan cerita yang sama dan tidak berubah sejak dulu lagi.

Dalam ciapan di Twitter, pelakon itu juga meminta agar lebih banyak kisah realiti seperti drama Nur diketengahkan berbanding kisah fantasi.

“Boleh ke drama kita hentikan buat cerita fantasi macam cikgu bercinta dengan pelajar sekolah menengah (yang saya sendiri lakonkan, Ya Allah). Kahwin paksa (haram di sisi Islam. Saya juga yang berlakon). Kahwin dengan sepupu… Ya Allah. Boleh ke banyak buat drama realiti macam Nur?,” tanya Izara.

Dalam satu hantaran berlainan di Twitter juga, calon Pelakon Wanita Terbaik Filem Anugerah Skrin Ke-22 itu terdahulu pernah menanyakan hal sama kepada pihak stesen televisyen (TV).

“Pernah persoal dengan TV stesen. Kata pihak TV, “penonton yang suka”. Betulkah?,” ujarnya lagi.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan maklum balas TV stesen dan berharap agar lebih banyak karya mempamerkan kisah benar seperti karya arahan Shahrulezad Mohameddin, Nur,  yang menfokuskan tentang perbezaan atau perspektif kehidupan masyarakat sekeliling.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya