Bebenang PKP Anis beri perspektif berbeza - Utusan Malaysia

Bebenang PKP Anis beri perspektif berbeza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri memberi kesan berbeza buat masyarakat Islam di negara ini.

Menterjemahkan situasi yang sama melalui telefilem Bebenang PKP Anis, penerbit, Nana Mohd Rom menganggap telefilem yang akan ditayangkan malam ini di Al-Hjirah itu bakal mencipta perspektif berbeza kepada sesiapa yang menontonnya.

“Sejak awal lagi kita memang tertarik dengan jalan cerita yang ditulis oleh Dr. Ummu Hanie yang diangkat daripada sebuah kisah benar. Bayangkan pada ketika dunia dilanda pandemik Covid-19 , keadaan yang berlaku di luar jangkaan.

“Tidak ada siapa yang pernah mengalami situasi seperti ini. Ada yang tersangkut di serata tempat dan tak kurang juga yang terpisah dengan keluarga dan sebagainya. Jalan cerita begini amat menarik perhatian dan kita visualkan menerusi telefilem ini,” katanya.

Tambahnya, jalan cerita telefilem ini juga melalui pengembangan sebuah cerpen yang pernah mendapat sambutan ramai.

“Kisah Anis ini sangat menarik untuk dikupas. Dia bukan sahaja terpaksa menjaga anak orang secara tiba-tiba tetapi juga terpaksa berhadapan dengan masalah keluarga. Dalam masa yang sama Anis juga ada cita-cita untuk menyambung pengajian keluar negara.

“Untuk pengetahuan semua, kisah Anis ini pernah ditulis sebagai sebuah cerpen dan menadapat sambutan yang menggalakkan. Ini yang memberikan nilai tambah kepada telefilem ini,” jelasnya.

Bebenang PKP Anis diarahkan Shuhaimi Zulkefli dan dibintangi oleh Muna Shahirah bersama Shafie Naswip turut menjalani penggambaran di sekitar Kuantan, Pahang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya