Bapa PU Abu beransur sembuh - Utusan Malaysia

Bapa PU Abu beransur sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, PU Abu memaklumkan bapanya yang dijangkiti Covid-19 tahap lima baru-baru ini beransur sembuh.

“Ayah telah menunjukkan perkembangan yang positif dalam proses penyembuhan daripada penyakit Covid-19. Alhamdulillah gembira dengan berita ini.

“Semoga keluarga saya dan mereka yang dijangkiti wabak ini sembuh serta boleh jalani kehidupan seperti mereka yang sihat,” ujarnya.

Terdahulu, PU Abu atau nama sebenarnya Abu Sufyan Mokhtar, berkata, keadaan bapa yang kritikal sebelum ini telah ditidurkan oleh petugas kesihatan.

“Doakan ayah saya kuat untuk lawan dan sembuh daripada penyakit ini. Keadaan ayah kritikal dan diberikan ubat tidur sebab dah sampai tahap lima. Doakan ya. Moga ada berkat doa korang boleh sembuhkan ayah. Ayah, Cian ( panggilan Abu ) sayang ayah. Maafkan salah silap Cian, ayah,” coretnya.

Perkongsian yang dibuat menerusi akaun Instagramnya itu mendapat perhatian orang ramai dan mendoakan kesembuhan buat bapanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya