Bakpo degil! Tok takut ko? - Misha Omar - Utusan Malaysia

Bakpo degil! Tok takut ko? – Misha Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi hebat, Misha Omar, 39, meluahkan rasa geram terhadap orang ramai yang masih berdegil untuk merentas negeri, semalam.

Reaksi penyanyi lagu popular Pulangkan itu dikongsi menerusi Instagram miliknya selepas menyaksikan laporan berita apabila 500 kenderaan cuba masuk Kelantan diarah patah balik.

Pada masa sama Misha turut memaklumkan betapa dia juga merindu keluarganya di kampung tetapi tetap patuh dengan perintah kerajaan.

“Kenapa degil sangat? Macam buat tak tahu sahaja tak boleh rentas negeri dan daerah. Ingat awak sorang sahaja yang rindukan keluarga? Saya pun sama. Hari-hari menangis sambil video call dengan mak di kampung.

“Tak takut ke tengok angka kes positif wabak Covid-19 setiap hari abang-abang dan kakak-kakak? Eh geram lah kita, cubit nanti!

“Kapsyen ini untuk orang Kelantan sahaja tau. Orang Kelantan saja faham sebab berita ini berkenaan orang kampung saya. Jangan begitu. Kito jago kito (kita jaga kita). Ingat?,” tulis anak jati kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya