Anak positif Covid, Didie Alias tak keruan - Utusan Malaysia

Anak positif Covid, Didie Alias tak keruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas kejadian akaun Instagramnya digodam oleh pihak tidak bertanggungawab, selebriti dan pelakon terkenal, Didie Alias, 49, mendedahkan ujian hidupnya tidak terhenti disitu apabila menerima perkhabaran anak keempatnya disahkan positif Covid-19 pada 27 April lalu.

Menurut Didie, anaknya, Nur Dayini Ahza Mohd Ridzuan, 23, memaklumkan berita tersebut baru-baru ini dan telah berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) sejak dua hari lalu.

“Dia dan adiknya memang menjaga bapa mereka beberapa hari sebelum berpuasa akibat serangan jantung. Tapi kemudiannya dibenarkan pulang ke rumah selepas keadaan baik.

“Tiba tiba bapanya mendapat serangan jantung kali kedua dan mengadu sesak nafas selain cirit birit. Rupa-rupanya, bapa mereka terkena jangkitan Covid daripada seorang daripada pesakit Covid yang berada di wad berkenaan,” katanya.

Didie berkata demikian semasa ditemui di Bazar Aidilfitri Raya Che Salmah di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, petang tadi.

Jelas Didie lagi, setelah bekas suaminya iaitu pelakon Ridzuan Hashim itu membuat ujian calitan, dia kemudiannya disahkan positif Covid-19.

“Selepas dia dapat keputusan itu, selang dua tiga hari Dayini mengadu demam dan tekak kering sehingga saya menggesanya untuk membuat ujian calitan di hospital dan kemudiannya ternyata dijangkiti Covid-19,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya keadaan terkini anaknya itu, Didie memaklumkan Dayini semakin baik dan perlu menjalani tempoh kuarantin di sana.

“Ini merupakan dugaan terbesar di bulan Ramadan apatah lagi, ketika acara bazar saya sedang berlangsung sekarang selepas kejadian akaun Instagram digodam sebelum ini.

“Mujur juga akaun berkenaan telah diperolehi semula. Terima kasih atas bantuan pihak SRC Record Music,”katanya.

Didie pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ridzuan Hashim pada tahun 1991 namun berpisah pada tahun 2000.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nurdhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza, dan Nur Diyana.

Pada Mei 2009, Didie mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Norisham Ismail.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya