Amy bukan Search, tak patut terlibat - Peguam - Utusan Malaysia

Amy bukan Search, tak patut terlibat – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Peguam lantikan Home of Champions (HOC), Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar menjelaskan penglibatan Suhaimi Abdul Rahman, 62, atau Amy bersama kumpulan Search sepatutnya tidak perlu memandangkan dia bukan lagi anggota kumpulan tersebut sejak membuat keputusan untuk keluar pada tahun lepas.

Menurut Azimal yang mewakili Tetuan Syarif Ridzuan & Co, apabila keputusan itu dibuat, Amy sepatutnya tidak perlu mencampuri urusan berkaitan kumpulan tersebut lagi yang kini cuma dianggotai oleh Noordin Mohd Taib (Din), Hamzah Mohd Taib (Kid) dan Nasir Daud.

“Jika sudah keluar daripada apa-apa persatuan atau kumpulan, maknanya sudah tidak perlu terlibat dengan sebarang urusan berkaitan. Inikan pula dalam sebuah band yang tidak ada sebarang perjanjian.

“Search tidak ada perjanjian secara bertulis sejak dari awal, semasa dia bergelar anggota. Secara dasarnya, kalau sudah keluar maka tak perlu libatkan diri lagi.

“Jika tidak, apa gunanya maklumkan pada yang lain dia keluar kumpulan. Dari segi perundangan, kalau sudah nyatakan keluar, dia tak harus libatkan diri lagi,”katanya dalam satu sidang media secara virtual hari ini.

Azimal hadir bersama Din dan pemilik HOC, Mozylir Mokhtaruddin yang tampil memberi kenyataan balas terhadap dakwaan dan amaran Amy dan Nasir sebelum ini berhubung tindakan menggunakan nama kumpulan Search untuk mengaut keuntungan tanpa kebenaran.

Dakwa Amy dan Nasir, Mozylir dikatakan menggunakan nama ‘fenomenasearch’ melalui laman web serta menggunakan alamat emel yang memakai nama domain fenomenasearch.com bagi tujuan tersebut.

Ini termasuk penjualan pakaian dan aksesori menggunakan nama Search atau imej yang berkaitan dengan Search melalui laman web itu, Facebook, Instagram dan Shopee selain menjual kasut Aliph x Search – Edisi 2021 atas dasar penjualan terhad kepada 999 unit.

Selain itu, menurut Azimal, dari aspek pembayaran royalti atau hasil keuntungan jualan produk dan aksesori di bawah kendalian HOC, pembahagian boleh diberikan kepada semua anggota.

Tetapi isu utama kini, ujarnya, adakah nama Search itu sendiri telah didaftarkan atau tidak.

“Jika didaftarkan siapa pemiliknya? Keduanya, royalti yang ingin dibayar oleh pihak anak guam saya ini adalah lebih kepada nilai dan semangat setiakawan. Ini bermakna, walaupun Amy sudah keluar daripada Search, anak guam saya masih nak berikan bahagian tertentu kepada dia,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya