MUMBAI: Pelakon lagenda, Amitabh Bachchan berkongsi sumbangannya ketika India memerangi Covid-19 yang semakin menjejaskan seluruh negara.
Dia mengatakan akan menyumbang kira-kira RM8.5 juta dan akan terus melakukannya termasuk memberikan lebih banyak, walaupun itu terpaksa menggunakan dana dari tabungannya.
Amitabh juga menggalakkan orang lain untuk tampil ke depan membantu.
“Semoga kita semua tampil ke depan dalam menunjukkan solidariti dan kebersamaan, untuk saling berganding tangan dalam berhadapan cubaan ini dan menang,” katanya.
Amitabh berkata, dana sumbangannya itu digunakan dalam usaha menyediakan kemudahan perubatan Covid-19 dan anak-anak yatim.
“Dalam pertempuran melawan virus ini, banyak yang telah menyumbang dan ramai akan terus melakukannya,” katanya.
Setakat ini katanya, dia sudah menyumbang kira-kira RM1 juta dan akan terus memberi sumbangan hingga mencapai sekitar RM8.5 juta.