‘Allah ambil dia pergi’- Ibu Maznah Zulkifli meninggal dunia - Utusan Malaysia

‘Allah ambil dia pergi’- Ibu Maznah Zulkifli meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Personaliti dan pengacara popular, Maznah Zulkifli, memaklumkan ibu tercintanya telah menghembuskan nafas terakhirnya, petang tadi.

Perkongsian dikongsi Maznah menerusi Instagram miliknya itu kira-kira sejam selepas waktu Asar. Bagaimanapun, tidak dinyatakan punca kematian Allahyarham.

“Allah itu adil. Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali. Ya Allah! Ampunilah, rahmatilah, selamatkanlah, maafkanlah dia. Al-Fatihah. Syawal pertama dapat pakaikan mak baju raya, Syawal kedua Allah ambil dia pergi.

“Semoga Allah mengampunkan dosanya dan mohon doa daripada semua agar bonda Mazz tenang di akhirat dan dihimpunkan di Jannah,” tulisnya.

Sebelum ini, Maznah pernah berkongsi keadaan kesihatan arwah serta memohon doa agar ibunya pulih seperti sedia kala.

“Rasa sedikit kelainan memandang katil ini. Pada masa sama bersyukur. Tak terungkap kata. Pastinya Ramadan kali ini dan bulan mendepan suatu yang baru.

“Sayangilah ibu bapa kita selagi hayat dan tenaga masih ada. Insya-Allah,” coretnya.

Rata-rata peminat dan rakan-rakan seperti Jasmin Hamid, Umie Aida, Amar Asyraf, Sharifah Shahirah, Tunku Hanis serta ramai lagi menitipkan ucapan salam takziah kepada pengacara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya