KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Aid Edruce, 30, selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan Selangor semalam.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ain dan suami, Amirul Hafiz di Instagram masing-masing.
“Setelah berbelas jam dalam hospital akhirnya saya bersalin. Alhamdulillah semuanya baik di sini, rasa tak nak balik dan tinggal dekat sini terus.
“Welcome to the family, yang dinantikan sudah tiba. Mummy dan daddy love you. Mummy teka baby boy, daddy teka girl, nampaknya daddy menang,” ujarnya.
Untuk rekod, Ain dan suami selamat diijabkabulkan pada 13 Disember 2019 dan mengikat tali pertunangan sekitar pertengahan bulan Jun tahun yang sama.