58,427 mahu Neelofa dipenjarakan - Utusan Malaysia

58,427 mahu Neelofa dipenjarakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sehingga kini, sudah lebih 58,427 individu menandatangani satu petisyen bagi memenjarakan pengacara dan pelakon sensasi, Neelofa atas pelbagai dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), baru-baru ini.

Petisyen yang diwujudkan semalam pada awalnya hanya mensasarkan 5,000 tandatangan namun, kini sasaran itu sudah meningkat ke 75,000.

Petisyen yang diwujudkan menerusi laman sesawang change.org itu bermula apabila seorang individu yang menggunakan nama Hentikan Double Standard tampil dengan petisyen ‘Langgar SOP: Penjarakan Neelofa Segera’ atas pelbagai dakwaan.

“Neelofa merupakan seorang selebriti yang telah banyak kali melanggar SOP dan menidakkan undang-undang dalam usaha negara menangani pandemik Covid-19.

“Kesalahan-kesalahan telah dilakukan tanpa serik menyebabkan wujudnya undang-undang yang double standard (pilih kasih) dikenakan terhadap beliau,” tulis keterangan pada petisyen tersebut.

Melihatkan peningkatan angka tersebut, ramai warganet yang ‘marah’ dan tidak berpuas hati dengan tindakan selebriti itu apabila didakwa kerap melanggar SOP dan mencetuskan kontroversi berkali-kali.

Malah, tinjauan di laman sosial Twitter juga menunjukkan nama Neelofa kekal sohor kini dan mendapat kecaman daripada warganet yang mengharapkan agar satu tindakan sewajarnya dapat diambil.

Antara kesalahan yang disenaraikan dalam petisyen tersebut adalah majlis perkahwinannya di ibu negara, dakwaan rentas negeri ke Pulau Langkawi, Kedah, dakwaan rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan dan video tular Neelofa dan ahli keluarga didakwa melanggar SOP Aidilfitri.

Terbaharu, selebriti itu bakal berdepan satu lagi siasatan apabila didakwa mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka ketika hadir Mahkamah Majistret di Kompleks Mahkamah Seremban semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya