Tolong beri kerjasama- MK K-Clique - Utusan Malaysia

Tolong beri kerjasama- MK K-Clique

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Tindakan undang-undang sudah diambil.”

Itu penegasanr MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, ketika ditanya mengenai perkembangan perlakuan bekas pembantu peribadi (PA) yang dikatakan melarikan wang selepas menerima tawaran kerja tanpa pengetahuannya.

Menurut MK, dia berharap empunya diri iaitu Mohd Hazeeq atau lebih dikenali Kojek dapat memberikan kerjasama sebelum tindakan lanjut diteruskan kerana memikirkan status bekas PA sudah berkeluarga.

“Saya ini seorang yang mahu melihat semua orang gembira dan senang. Namun dengan tindakannya itu, membuatkan saya berasa kecewa. Tambahan pula dia sudah berkahwin, jadi saya tak mahulah orang sekelilingnya terkesan menanggung atas perlakuannya sendiri.

“Kalau saya teruskan dengan tindakan lanjut nanti pasti akan mendatangkan kesan buruk kepadanya.Jadi saya mohon kepada dia, tolong berikan kerjasama untuk bertanggungjawab dengan perkara yang telah dilakukannya,” katanya kesal.

Tambah penyanyi anggota kumpulan K-Clique itu ketika ditemui pada sidang media majlis menandatangani memorandum persefahaman bersama Todak Music, dia masih menganggap Kojek sebagai kawan namun untuk bekerjasama pada masa mendatang adalah sukar.

“Saya masih berhubung dan anggap dia kawan cuma kecewa dengan perbuatan dia. Ketika isu ini terjadi, saya juga sudah memaafkan dia dan reda. Tapi dari segi kepercayaan sudah tidak ada, jauh sekali nak berdendam ataupun bermusuh.

“Lebih baik saya uruskan perkara-perkara yang mendatangkan faedah dari memikirkan hal ini. Lagi pun ada pihak-pihak yang membantu dalam menyelesaikan isu ini,” akhirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya