Tak logik nak hentam pelakon baharu sahaja - Mimi Lana - Utusan Malaysia

Tak logik nak hentam pelakon baharu sahaja – Mimi Lana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Radar industri hiburan ‘meriah’ apabila ramai pelakon berpengalaman tampil menegur sikap sambil lewa pendatang baharu dalam bekerja.

Namun berbeza pula kenyataan pelakon cantik, Mimi Lana atau nama lengkapnya Mimi Roziana Zainal Abidin, 25, yang seolah-olah ‘mempertahankan’ pelakon baharu menerusi akaun Twitter miliknya.

“Pelakon baharu ke, pelakon lama ke sama sahaja. Masing-masing kena jaga sikap dan jadi contoh yang baik di set.

“Saya bekerja banyak dengan pelakon baharu dan juga pelakon lama. Saya rasa tak logik kalau kita nak hentam pelakon baharu sahaja,” ujarnya.

Tamabh pelakon drama Hati Yang Tersakiti itu, seorang pelakon baharu perlu bersikap bertanggungjawab dalam menggalas amanah yang diberikan.

“Jadi pelakon baharu bukan tiket untuk bagi alasan tak baca skrip atau memahami skrip, itu dah jadi tanggunjawab.

“Jadi pelakon lama pula bukan tiket untuk selalu datang lambat dan berlagak merasa semua yang awak cakap itu betul,” ciapnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya