Syarikat produksi sumbang barangan keperluan ibadah - Utusan Malaysia

Syarikat produksi sumbang barangan keperluan ibadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berhadapan dengan situasi pandemik yang masih belum berakhir, pelbagai pihak kini tampil menyalurkan bantuan berbentuk keperluan asas. Bagaimanapun dalam meneruskan kehidupan yang lebih selesa, ada bahagian lain yang turut memerlukan perhatian kini.

Menyedari kekurangan barangan keperluan beribadah bagi pesakit di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (HOSAS), Penerbit Eksekutif Kembara Sufi Production Sdn Bhd, Ustaz Al Fadzil Mohd Hidzir baru-baru tampil menghulurkan sumbangan.

“Acara sebegini memang sudah kita lakukan saban tahun sejak dahulu lagi. Kalau dahulu kita memberikan tumpuan kepada keluarga yang memerlukan, tapi kini kita beri keutamaan kepada Unit HOSAS.

“Sebelum ini, saya terlihat iklan memerlukan barangan keperluan untuk beribadah bagi pesakit di hospital. Jadi rasa terpanggil dan mencari inisiatif membantu menyelesaikan masalah tersebut di hospital tersebut,”katanya yang melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat ini di bawah syarikat KS Legacy Trading.

Selain wang tunai sejumlah RM7,000, antara barangan lain yang turut disumbangkan kepada Timbalan Pengarah 3 hospital berkenaan, Dr. Safaridah Anuar termasuklah spray mesra solat lebih 100 botol, debu tayamum 200 botol dan 70 biji troli.

“Kita beri senyuman kepada petugas barisan hadapan tetapi dalam masa yang sama kita mahu pesakit juga diraikan. Dengan adanya kelengkapan ibadah sebegini, akan memudahkan lagi mereka untuk menunaikan kewajipan kepada Allah.

“Bila mereka diuji dengan kesakitan, agak membataskan pergerakan. Kami berharap agar dengan sumbangan ini akan memudahkan urusan semua yang berada di wad dan sebagainya,” tambah Al-Fadzil lagi.

Dalam pada itu, jelas pihaknya kini juga dalam usaha dalam memperbanyakkan program televisyen berbentuk dakwah, jelas Al-Fadzil melihat pilihan penonton kini yang mula memilih pengisian berbentuk agama dia yakin untuk terus menerbitkan program yang sarat dengan pengajaran buat masyarakat.

Jelasnya selepas penerimaan baik program seperti Travelog Backpakers Ke Balkan, telefilem Terlajak Subuh dan Dia Kembarku, Kembara Sufi Production Sdn Bhd kini terus mengalu-alukan idea yang lebih menarik pada masa hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya