Saya rela digelar mangsa fesyen- Aina Abdul - Utusan Malaysia

Saya rela digelar mangsa fesyen- Aina Abdul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Putrajaya – Cukup berani berfesyen, ketika ini penyanyi Aina Abdul tidak kisah sekiranya ada yang menggelarkan dirinya sebagai mangsa fesyen.

Jelasnya, pada waktu ini dia lebih senang bereksperimen dalam mencari kelainan.

“Saya mempunyai pasukan sendiri yang akan menentukan fesyen yang dikenakan. Ketika ini saya memang perlukan pendapat sebab tidak boleh berdasarkan mata sendiri sahaja.

“Ikutkan saya memang tidak kisah digelar mangsa fesyen sebab saya lebih rela mencuba semuanya. Tapi sebagai penghibur memang seronok melihat mereka di luar sana ada modal untuk bandingkan saya dengan ikan laga lah aiskrim lah. Mereka berimaginasi,”katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, bercakap mengenai penampilanya terkininya yang semakin cantik, jelas penyanyi berusia 28, tahun ini dia juga pernah berhadapan dengan waktu sukar.

Tambahnya dia pernah hilang keyakinan kerana berhadapan dengan masalah kulit wajah yang teruk.

“Masalah jerawat sejak sekolah menengah lagi. Jadi memang sudah lama masalah wajah ini saya hadapi, jadi untuk pulih dalam tempoh yang singkat mustahil. Sebagai penyanyi kini solekan adalah sesuatu yang perlu jadi kadang memang memerlukan waktu yang lama untuk menyolek sebab masalah ini.

“Jadi, saya okey saja ambil masa panjang dan ikut langkah demi langkah. Dalam masa sama saya mendapatkan khidmat nasihat doktor. Malah, dia juga okay saya menggunakan produk sekarang iaitu daripada Truskin. Alhamdulillah, saya okay dan gembira dengan perubahan ini,”katanya yang juga wajah kempen produk Truskin kini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya