Satu ketika dahulu, wanita bernama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Mawar Rashid ini pernah dikutuk dan dicemuh gara-gara sifat bodoh-bodoh alangnya. Lebih mudah difahami dalam bahasa terkini, sifatnya itu bagaikan seorang perempuan ‘bimbo’lah. Cantik, tetapi ada ketika tidak berapa cerdik. Tetapi, sungguhpun perkara itu dianggap begitu subjektif pada penilaian orang, Mawar membuktikan bahawa dia tidak seperti yang disangka. Antara yang jelas, selain kerjaya lakonan, dia kini sudah mampu tersenyum lebar menerusi kejayaan empayar perniagaannya di bawah jenama Mawarose yang diusahakan bersama keluarga sejak setahun yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya