Rumah sudah siap, calon isteri belum ada - Naim Daniel - Utusan Malaysia

Rumah sudah siap, calon isteri belum ada – Naim Daniel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG : Pelakon dan penyanyi terkenal, Naim Daniel, 24, mengaku kesibukannya dengan kerja barangkali menjadi penyebab dia sukar untuk bertemu jodoh apalagi untuk memikirkan soal kahwin.

Menurut penyanyi dengan nama sebenar Muhammad Naim Daniel Baharin, menyedari ramai juga kalangan pasangan memilih untuk berkahwin di usia muda, dia bagaimanapun tidak merasa terburu-buru untuk tujuan yang sama.

“Saya tak pernah marah atau sentap kalau orang tanya bila nak kahwin? Saya sendiri pun tertanya dengan diri sendiri, bila ya aku nak kahwin? Macam mana nak ke arah itu, kalau asyik sibuk dengan kerja saja.

“Baru minggu lepas, ada satu berita gembira. Rumah yang saya beli di Semenyih, Selangor, sudah boleh masuk. Ada yang usik, saya ini dah ada semuanya tapi calon isteri sahaja belum ada lagi,”katanya kepada Utusan Malaysia, Sabtu lalu.

Menurut pemenang Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) ini lagi, mungkin kerana usia masih muda, ibu bapanya juga tidak pernah memaksanya untuk mendirikan rumah tangga pada waktu sekarang.

“Pelik juga mereka tak suruh. Ibu saya pula, lebih cenderung suruh saya kerja daripada berkahwin. Saya tak kisah pun sebab bolehlah berbakti pada mereka sebaiknya dahulu.

“Lagipun saya rapat dengan kedua-dua mereka sejak kecil. Soal kahwin ini, saya mudah saja. Kalau ibu ayah setuju dengan mana-mana wanita yang sesuai, saya okey saja,”katanya.

Dalam pada itu ketika ditanya mengapa dia tidak pernah berkongsi gambar keluarganya dalam media sosial, kata Naim, dia memilih jalan itu kerana selesa mengekalkan privasi tersebut.

“Ada ketika memang keluarga pun tertanya dan kecil hati, tapi selepas saya jelaskan, mereka faham. Saya rasa dengan tidak berkongsi sangat perihal peribadi dengan orang ramai, adalah jalan selamat.

“Kalau terjadi apa-apa pada saya, misalnya kena kecaman atau cemuhan orang, tidaklah mereka sampai menyerang ibu bapa saya pula dalam media sosial. Biar, rela saya terima semua itu sendiri asal jangan kedua orang tua itu,”katanya.

Sebelum ini, Naim pernah dikaitkan rapat dengan artis wanita tanah air sehingga ada yang mendakwa dia menjalin hubungan cinta dengan mereka.

Antara yang terkait ialah pelakon Sasha Abedul, penyanyi Bungisme dan Iman Troye.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya