Pekin didik Mona jadi pelakon sejati - Utusan Malaysia

Pekin didik Mona jadi pelakon sejati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Pekin Ibrahim menyifatkan pertama kali bergandingan bersama isterinya, Mona Allen, menerusi Filem Salina  sama sekali tidak mudah.

Hal itu kerana, menurut Pekin, 39, dia mahu mendidik isterinya supaya tidak ‘manja’ apabila berlakon bersama suaminya.

“Tujuannya saya tidak mahu ada keberangkalian timbulnya rasa terlalu selesa dalam dirinya kerana bekerja dengan suami sendiri manakala pengarah, Raja Mukhriz pula kawan suaminya.

“Watak Salina ini berat dan saya mahu dia betul-betul mendalami watak itu. Jadi saya dengan Mukhriz memang sudah rancang seawal penggambaran sampai habis saya akan layan Mona seperti pelakon, bukan isteri.

“Andai selepas ini kalau ada tawaran untuk berlakon bersama lagi saya akan pertimbangkan,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Pasangan merpati dua sejoli itu selamat mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.

Selaku sutradara berpengalaman, Raja Mukhriz yang ditemui pada sidang media malam pra-tonton Filem Salina di MM Cineplex, e-Curve, Damansara Utama, melihat situasi pasangan itu sebagai satu eksperimen yang memungkinkan keberhasilan karya yang lebih hidup.

“Secara peribadi saya memandang situasi proses ketegangan ini adalah perkara yang baik kerana masing-masing ada ego tersendiri untuk menonjolkan lakonan mereka.

“Sebab itulah saya cari pasangan suami isteri. Hasilnya mereka menyampaikan mesej atau melontarkan skrip berkenaan saya nampak ada perbezaan yang bukan dirancang,” ujarnya berpuas hati.

Filem yang bakal menemui anda di seluruh pawagam tanah air bermula 25 Mac ini turut dibintangi oleh pelakon dan model tempatan terkenal, Alicia Amin, Aleza Shadan, Sharifah Shahora dan Badrul Muhayat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya