Nonny Nadirah berkemban pula... - Utusan Malaysia

Nonny Nadirah berkemban pula…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Belum habis panas mengenai perangai penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah yang memuat naik gambar berpakaian tidak senonoh di laman akaun Instagram sendiri, timbul lagi pula gambar aksi berkemban dalam baldi.

Sebagai kawan, penyanyi dan usahawan berjaya, Mila Jirin mengakui di sudah ‘lelah’ untuk menegur tindakan aib Nonny.

“Aku dah tak nak tegur, cakap dan sudah penat menangis untuk kau sahabat. Aku cuma ada doa, semoga Allah jentik hati kau, ketuk kepala kau, sebab Allah mampu ubah apa yang ada dalam kepala otak kau,” tulisnya kesal.

Terdahulu, Mila berkata, apabila orang terdekat diuji sebenarnya ia adalah ujian untuk diri kita juga.

“Nonny ini masya-Allah sangat baik orangnya. Bayangkan doa Ummu Salamah pun dia hafal. Teringat betapa gembiranya mu dapat masuk Raudhah dapat solat dalamnya sekali.

“Non, mu antara yang Allah pilih untuk jemput ke Mekah dan Madinah, Allah pilih untuk hadiahkan hidayah,” coretnya.

Sementara itu,penyanyi dan aktivis kemanusiaan Heliza Helmi turut menitipkan nasihat dan kata-kata dalam ruangan komen akaun Mila.

“Allah memegang hati kita semua. Aku saksi Mila sahabatku Mila berjuang untuk sahabatnya seikhlasnya,” tulisnya.

Pada masa sama timbul juga spekulasi dakwaan daripada jabatan netizen, tindakan Nonny dianggap sebagi ada udang di sebalik batu dalam mencari publisiti murahan ataupun akaunnya digodam.

Sungguhpun begitu usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan daripada Nonny sendiri masih tidak terjawab.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya