Neelofa, PU Riz tampil beri keterangan - Utusan Malaysia

Neelofa, PU Riz tampil beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis telah mengambil keterangan selebriti popular Neelofa dan pendakwah bebas Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketikq majlis pernikahannya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kedua-dua selebriti itu dirakam percakapan petang tadi oleh pengawai penyiasat.

“Neelofa dan suaminya, PU Riz hadir di Ibu pejabat Polis Dang Wangi petang tadi bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, Mohamad Zainal memberitahu, kes siasatan berhubung pelanggaran SOP melibatkan majlis pernikahan Neelofa dijangka siap minggu ini.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis perlu mengambil keterangan selebriti itu serta suaminya sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Setakat ini, beberapa pihak telah diambil keterangan termasuk pengurus Neelofa, penganjur acara dan pekerja hotel.

Terdahulu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) selepas mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.

Ini susulan satu gambar tular di media sosial menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya