Nabila maafkan saya- Hafiz Hamidun - Utusan Malaysia

Nabila maafkan saya- Hafiz Hamidun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun menjelaskan dia dan Nabila Razali sudah menyelesaikan salah faham yang timbul melalui ciapan yang dimuat naiknya berkenaan persembahan lagu Peluang Kedua di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL 35) baru-baru ini.

Jelas Hafiz walaupun pertemuan itu agak janggal pada mulanya, Nabila bagaimanapun menyambut baik niatnya untuk menjernihkan keadaan.

“Memang keadaan itu agak janggal pada mulanya namun saya pilih untuk mulakan dulu dan meminta maaf kepada Nabila jika tindakan saya membuatkan dia teguris hati. Nabila bukan maafkan saya sahaja tetapi juga semua. Perkara itu berakhir dengan baik malah Nabila juga tidaklah menjadikan ini sebab untuk tidak bertegur saya.

“Ikutkan saya tidak pernah ada masalah dengan Nabila pun malah sebelum ini saya turut menyatakan sokongan buat dia bila dia membuka kedai. Cuma pada malam itu saya luahkan melalui perspektif seorang peminat lagu itu,”katanya.

Sementara itu bercakap mengenai aktiviti bulan Ramadan kali ini, Hafiz memilih untuk meluangkan masa dalam menyantuni golongan yang tidak berkemampuan.

Ditemui ketika majlis Mega Agihan Ramadan anjuran Yayasan Maghfirah baru-baru ini, Hafiz juga turut menyeru agar rakan artis lain turun padang dalam mendalami permasalahan yang mungkin dihadapi golongan ini.

“Kita bukan nak salahkan kehidupan atau pandemik COVID19, tetapi apabila difikirkan kembali, masih ada keluarga yang sukar untuk meneruskan kehidupan.

“Justeru, sebagai artis, kita patut gunakan pengaruh dah platform yang kita ada untuk membantu mereka. Golongan ini juga yang menyokong kerjaya kita. Apa salahnya kita turun sama-sama membantu mereka,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya