Mengandung di usia 40-an, Elly Mazlein akui cepat penat - Utusan Malaysia

Mengandung di usia 40-an, Elly Mazlein akui cepat penat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA- Selain hilang selera makan, artis serba boleh, Elly Mazlein mendedahkan pada usia kandungannya mencecah tiga bulan kini dia juga semakin mudah penat.

Berbeza dengan kehamilanya kali pertamanya lima tahun lalu, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, tidak menolak ini ada kena mengena dengan usianya kini.

“Sewaktu Sefhia dahulu lain, sekarang baru tiga bulan tetapi rasanya seperti enam bulan. Memang cepat letih sekarang mungkin faktor umur, bila mengandung di usia 40-an.

“Selain itu saya juga kurang selera, malah tidak boleh bau bawang putih mahupun bawang merah. Saya sendiri juga tidak boleh masak,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bakal melahirkan anak keduanya November nanti, kata Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina, dia cukup bersyukur dengan rezeki kehamilan ini selepas episod keguguran setahun lalu.

“Ikutkan saya mahu umumkan ketika kandungan memasuki empat bulan, semoden mana juga pasti mahu ikut cakap orang tua. Tetapi keadaan itu agak sukar sebab saya berada di kaca televisyen hampir setiap minggu, jadi ambil keputusan umumkan bila kandungan memasuki usia tiga bulan.

“Memang ini adalah hadiah paling bermakna buat kami sekeluarga selain suami, anak saya juga memang tidak sabar lagi untuk mempunyai adik,”katanya.

Sementara itu Elly juga akan muncul melalui program masakan Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom sebanyak 28 episod. Ditayangkan setiap hari sepanjang bulan puasa di RTM, program terbitan Mache All Star United Sdn Bhd dan Minyak Masak Kijang Gold ini akan memaparkan pelbagai menu masakan menarik bersama artis jemputan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya