KUALA LUMPUR: Pelakon, Noryati Taib atau lebih popular digelar ‘Mak Cik Petir’ meninggal dunia di usia 63 tahun pada pukul 1.45 pagi hari ini.
Berita duka itu dikongsi anaknya, Faizul Hafiz Hashim di akaun sosial Facebooknya.
“Dukacita dimaklumkan mama saya (Noryati Taib) telah meninggal dunia pada 1.45 pagi sebentar tadi.
“Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga Allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang yang beriman,” katanya.
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, pukul 10 pagi.
Sebelum ini, pelakon yang juga cukup popular dengan watak Mak Cik Mary itu beberapa kali dimasukkan ke hospital selepas mengalami jangkitan kuman pada paru paru sekitar tahun 2017.
Sejak itu, kesihatannya mula merosot dan pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi pada tahun sama.
Pelakon veteran itu di juga disahkan positif covid-19 sekitar Februari tahun ini.
Noryati memulakan langkah seni di bawah arahan anak saudaranya, Shahrulezad Mohammeddin dan pernah membintangj drama pecah panggung antaranya Sindarela, SyurgaMu Ramadan dan Abang Mak Panggil Balik.