“Maaf tau tak bagitahu awal”- Siti Sarah hamil - Utusan Malaysia

“Maaf tau tak bagitahu awal”- Siti Sarah hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissudin, 37, tampil berkongsi dia kini sedang berbadan dua selepas penantian enam tahun.

Ujar penyanyi Kesetiaan itu lagi, saban tahun sebenarnya dia dan suami, Shuib menanti-nantikan cahaya mata keempat dan akhirnya Allah memakbulkan kesabaran hasrat mereka untuk menimang permata hati.

“Alhamdulillah permata nombor empat bakal menyusul tidak lama lagi. Baby baru on the way! Syukur ya Allah atas rezeki yang dikurniakan ini untuk Sarah dan Shuib.

“Sejujurnya saya betul-betul tidak sangka, selepas enam tahun melahirkan Matin, saya dapat lagi rezeki merasai detik kehamilan baru sekarang.

“Sebenarnya kami menunggu hampir setiap tahun untuk yang nombor empat ini,” jelas Sarah menerusi akaun Instagram miliknya yang turut disertakan sekali video menunjukkan ujian kehamilannya pada 15 Februari lalu.

Kata penyanyi Jangan Kau Mimpi itu, sebelum ini ramai yang bertanyakan kehamilannya namun dia tidak berani untuk menjawab kerana bimbang kandungannya masih baharu.

“Saya rasa kandungan sudah kuat, baru berani nak bagitahu. Minta maaf tau sebab tak bagitahu awal. Sebelum ini pernah ada keresahan, jadi saya sendiri tak mahu tertekan masa awal kehamilan ini,” jelasnya.

Dalam perkongsian sama Sarah memohon agar semua dapat mendoakan kesejahteraan dia dan kandungannya.

“Saya nak minta kepada semua, doakan saya dan kandungan ini ya. Saya doakan juga ibu di luar sana yang mahu merasai saat kehamilan, semoga Allah murahkan rezeki kalian untuk hamil dan jadi ibu,” tuturnya yang kini hamil pada trimester pertama.

Sarah mendirikan rumah tangga bersama pelawak dan juga usahawan, Shuib, 37,  pada 26 Februari 2011. Pasangan popular ini mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya