‘Maaf saya asli!’ - Eina Azman disamakan dengan Sajat - Utusan Malaysia

‘Maaf saya asli!’ – Eina Azman disamakan dengan Sajat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Terkenal dengan gaya hidup sihat, Datin Paduka Eina Azman bagaimanapun menerima komen negatif daripada seorang pelayar di akaun Instagramnya apa bila ada yang menyamakannya dengan usahawan selebriti, Muhammad Sajjad atau Sajat.

Pun begitu, Eina atau nama penuhnya Ainur Syakina Azman, 26, tidak cepat melatah malah membalas komen berkenaan dengan ringkas tetapi padu.

“Macam Sajat dah tengok,” tulis seorang pengguna.

“Maaf saya asli ya. Ibu kepada dua orang anak,” balas Eina.

Ekoran komen sebegitu, membuatkan ramai dalam kalangan wanita berasa geram dan berpihak kepada Eina.

Untuk rekod, aktres itu telah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmit Harden pada 31 Ogos 2014. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya