'Kerja ini susah’- Haniff jadi penghantar barang - Utusan Malaysia

‘Kerja ini susah’- Haniff jadi penghantar barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Era FM, Haniff Hamzah, 36, berkongsi pengalaman bekerja sebagai penghantar barang adalah perit.

Dalam satu video dimuat naik Haniff yang kelihatan comot menunjukkan dia berada di sebuah pusat hub barangan dan melakukan penghantaran 50 parcel di sekitar perumahan Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

“Pertama sekali susun parcel ikut jalan nak dihantar. Kemudian scan setiap parcel untuk dikemaskini ke dalam sistem, selepas itu susun dalam van, baru sejam dah berpeluh buat kerja ini.

“Jujur aku cakap kerja ini memerlukan kesabaran yang tinggi, nak pula cuaca panas di bulan puasa. Aku tahu kerja ini susah tetapi bila aku sendiri yang buat sebenarnya lagi susah. Setiap penghantaran ke rumah ada ragam dan cabaran tersendiri, kerja ini bukan untuk semua orang.

“Aku sangat menghormati kalian. Semua yang bekerja penghantaran ini, aku memang tabik dekat korang, kental betul,” tulisnya di Instagram.

Menyaksikan perjalanan lebih empat jam itu, Haniff dengan nada sebak mata berkaca berkata, ia adalah pengalaman yang menginsafkan.

Sebelum ini Haniff pernah merasai pengalaman sebagai peniaga di bazar ramadan pada tahun 2016, penjual ayam (2018) dan tukang bersih sampah (2019). Haniff menyahut cabaran berbeza-beza di setiap bulan puasa kerana pernah dicabar oleh seorang pemanggil yang mendakwa dirinya hanya selesa bekerja di studio kerana ada penghawa dingin dan tidak boleh kerja berat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya