Keguguran anak ketiga, Syatilla hampa, Sam terdiam - Utusan Malaysia

Keguguran anak ketiga, Syatilla hampa, Sam terdiam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan usahawan kosmetik terkenal tanah air, Syatilla Melvin, 30, berkongsi rasa hampa dan sedih apabila hasratnya untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian.

Menurut Syatilla, ia berikutan keguguran yang dialaminya semasa kandungannya berusia lapan minggu dan perkara tersebut cuma diketahui olehnya semalam.

“Saya cuma tahu mengenai hal tersebut ketika membuat pemeriksaan degupan jantung di sebuah klinik semalam.

“Kata doktor, kandungan saya terbantut, tak berkembang selain tiada degupan jantung pada janin yang masih ada dalam rahim saya ketika ini,”katanya.

Isteri kepada Shahiezy Sam itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran LB Creuset X Syatillah Melvin Nasi Daging Telentang, di Eastin Hotel, di sini, hari ini.

Selain itu, pelakon ini juga mengakui sebenarnya sudah bersedia untuk menimang anak ketiga namun menganggap ia bukan rezeki dia dan suami.

“Tentulah di awalnya saya rasa sangat gembira, tetapi bila jadi begini rasalah sedih itu. Sam pula semasa diberitahu doktor, hanya mampu terdiam.

“Ini merupakan kali ketiga saya mengalami keguguran. Syeriv anak kami pun dah teruja nak dapat adik baru, selalu saja cium perut saya tanda tak sabar nak jumpa adik,” katanya.

Menurut Syatilla, buat masa sekarang dia dinasihatkan oleh doktor untuk menunggu janin tersebut gugur secara semulajadi dan jika tidak, dia perlu menjalani proses mencuci rahim.

Syatilla mendirikan rumah tangga dengan Sam pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy yang kini berusia setahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya