Jurusolek, Emmy Agung meninggal dunia - Utusan Malaysia

Jurusolek, Emmy Agung meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jurusolek ternama, Emmy Agung atau Yusshaimi Mohamed Yunus menghembuskan nafas terakhirnya akibat kanser kira-kira pukul 7.21 petang semalam.

Berita duka itu dikongsi menerusi instagramnya.

Pemergian jurumekap itu mengundang reaksi sedih dan rasa kehilangan daripada rakan artis antaranya penyanyi, Kaka Azraff, Cik Manggis dan pelakon, Ruzana Ibrahim yang pernah bekerja sama dengan Allahyarham.

“Didoakan semoga Allah mengampuni, merahmati, dan menempatkan beliau bersama-sama para nabi, syuhada dan solihin,” tulis Ruzana.

“Tenanglah kau di sana sahabat ku. Aku akan selalu merinduimu Emmy. Ya Allah, kau terimalah taubatnya, hapuskan segala dosa nya.

“Tempatkanlah dia bersama orang yang beriman. Terima kasih atas segalanya, di bulan baik kau pulang ke negeri abadi,” coret Kaka.

Pelakon hebat Sharifah Amani juga menerusi Instagramnya berkongsi beberapa keping gambar hasil sentuhan solekan Emmy.

“Seni dia sangat halus. Dia pegang je muka kita terus rasa mahal. Bisa bikin keluar watak lain. Untung dapat jadi kanvas dia. Terima kasih untuk memori segalanya. Awak benar-benar mempunyai kelas tersendiri,” coret Sharifah.

Meninjau akaun Instagram Emmy, kali terakhir Allahyarham dimasukkan ke hospital adalah pada 17 April lalu. Ketika hayatnya, Allahyarham telah menata rias ramai selebriti tanah air sepanjang kerjayanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya