‘Jangan mudah menjatuhkan’- Siti Nurhaliza - Utusan Malaysia

‘Jangan mudah menjatuhkan’- Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, tampil bersuara kepada orang ramai usah membanding-bandingkan mengenai corak kerjanya samada dalam bidang hiburan mahupun perniagaan.

Menurut penyanyi lagu 7 Nasihat itu, pada setiap proses kerja yang dilakukannya mempunyai pasukan tersendiri.

“Assalamualaikum, sekali sekala saya perlu ingatkan Sitizoners yang saya sayangi dan juga yang menyamar di sebalik nama Sitizoners.

“Rasanya tidak perlu untuk banding-bandingkan. Cara saya bekerja dalam dunia hiburan dan perniagaan sangat berbeza, team berbeza,” tulisnya menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya.

Dalam perkongsian sama, Siti memohon kepada peminat agar tidak sewenang-wenangnya memperlekehkan hasil usaha mana-mana pihak pasukannya.

“Alhamdulillah kerana team SNP (Siti Nurhaliza Production), saya bertahan sampai sekarang dengan cara dan strategi yang kami buat. Begitu juga dengan produk saya.

“Jadi, saya harap jangan mudah menjatuhkan dan memperlekehkan kerja insan yang sudah bertungkus-lumus menjaga reputasi dan kerja-kerja saya,” tuntasnya.

Bahkan jelas Siti lagi, beliau merupakan individu terakhir yang terbabit dalam membuat keputusan bagi setiap produk dan hasil kerja seninya.

“Keputusan akhir semua di tangan saya dalam setiap kerja yang dibuat. Terima kasih bagi yang sentiasa memahami.

“Yang baik daripada Allah, yang buruk daripada kita sendiri. Siti Nurhaliza tulis sendiri ni!,” akhirinya.

Terdahulu, timbul isu rekaan kulit album Siti Nurhaliza, ManifestasiSITI2020, dikritik oleh ‘jabatan netizen’ ia tidak sesuai dengan status penyanyi nombor satu negara malah ada juga yang menyamakan kulit album itu seakan-akan kulit muka depan majalah hartanah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya