Hilang deria rasa, Sweet Qismina positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Hilang deria rasa, Sweet Qismina positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Sweet Qismina atau Farhanna Qismina Supandi, 24, mengesahkan dirinya dijangkiti Covid-19 dan kini sedang menjalani tempoh rawatan serta kuarantin di Pusat Kuarantin Ipoh, Perak.

“Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan kerana Kau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak menyisakan rasa nyeri,” tulis Sweet.

Pelakon drama Titian Takdir itu turut berkongsi kenyataan rasmi daripada pihak pengurusannya, Warner Music Malaysia mengenai keputusan ujiannya yang diterima pada 20 April lalu.

“Saya yang berada di Kuala Kangsar untuk menjalani penggambaran filem Tariandi sejak 15 April lalu mula berasa tidak sihat. Saya mengambil ubat selama tiga hari berturut-turut tetapi keadaan masih belum pulih dan sukar untuk bernafas.

“Menyedari keadaan itu, saya mengambil langkah untuk membuat ujian calitan RTK di Hospital Columbia Taiping dan keputusannya positif. Saya dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dikuarantin. Saya kemudia melakukan saringan PCR dan keputusan saringan adalah positif.

“Saya dihantar ke Pusat Kuarantin di Ipoh untuk dikuarantin. Keadaan semasa sekarang tidak mempunyai sebarang komplikasi, cuma hilang deria rasa dan bau,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya