Gedik sangat ke Nadia Brian? - Utusan Malaysia

Gedik sangat ke Nadia Brian?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pertama sekali, kita tumpang simpati kepada pelakon, Nadia Brian dan bekas suaminya, Muizz yang sudah sah bercerai baru-baru ini. Poklip hendak cakap lebih-lebih pun tak boleh, ini ketentuan Illahi.

Namun di sebalik perasaan simpati itu, ramai juga yang datang bertanya apa sebab mereka memilih untuk berpisah. Poklip tidaklah tahu sebab dan alasan mengapa, lebih baik kita tanya tuan punya badan.

Tetapi ada pula yang datang ‘mengadu’ dan meluah rasa kurang senang melihat perkongsian Nadia yang semakin ‘berani’ dalam media sosial. Poklip tanya juga apa yang beraninya, dakwa mereka semakin menjadi-jadi selepas bergelar janda.

Poklip sebenarnya malas nak layan kalau ada yang datang mengecam perkongsian gambar atau video rakan artis dalam media sosial. Sebab kalau ditegur salah, tak ditegur pun salah. Maka apa harus kita lakukan?

Cuma bila Poklip tinjau Instagram Nadia, tidak ada apa-apa pun yang ‘berani’ sangat. Cuma dakwa rakan Poklip, dia kurang senang melihat video tarian ‘menggiurkan’ oleh pelakon serba boleh itu.

Bukan di Instagram sahaja, malah di TikTok pun, Nadia dikatakan suka memuat naik video dengan tarian yang ‘tidak-tidak’. Senang cakap, kandungan yang mengundang caci maki warganet.

Poklip tak nak menyebelahi sesiapa cuma, mungkin Nadia perlu lihat juga teguran peminat. Mungkin ada benar dan salahnya. Tak boleh rasa kita betul sahaja. Dan kepada yang sakit hati itu, unfollow sahaja. Senang!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya