‘Follower tak ramai dibenci pula’- Tony Eusoff - Utusan Malaysia

‘Follower tak ramai dibenci pula’- Tony Eusoff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon hebat, Tony Eusoff, 43, menerusi akaun Twitter miliknya membuat kenyataan berbaur sindiran kepada pendatang baharu hari ini.

“Budak instafamous yang baru mula berlakon: abang minta ajar sikit macam mana abang boleh ambil mood untuk babak menangis ya?

“Saya: abang akan ingat bilangan followers di Instagram,” selorohnya.

Namun ciapan itu mengundang komen “benci” seorang pengguna dan Tony lanatas membalas.

“Kesian saya sudahlah followers tak ramai dibenci pula,” ujarnya.

Dalam ciapan yang dipercayai sekadar gurauan itu akhirnya telah menarik 6,794 pengguna laman itu mengulang kicau kenyataan tersebut selain menerima 300 pengikut baharu di laman Instagramnya dari 32,900 ke 33,200.

Untuk makluman, Tony atau nama lengkapnya Anthony Joseph anak Hermas Rajiman yang berasal dari Kuching, Sarawak itu, telah memulakan kerjayanya dalam bidang hiburan tempatan sejak 2004 lagi.

Antara pembabitan lakonannya ialah seperti filem Rise: Ini Kalilah, Dend Pontianak, drama Simbiosis, Dendam Aurora, Kelip-Kelip di Kota London dan telefilem seperti Diari Bella. Manakala teater seperti Tunku The Musical, P. Ramlee The Musical dan Ola Bola The Musical: Restaging.

Dalam perkembangan terbaharu, saksikan lakonannya menerusi slot Lestary TV3, Covid Oh Covid, setiap hari Rabu sehingga hari Sabtu pukul 9 malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya