Ezad Lazim pilih genre hip hop - Utusan Malaysia

Ezad Lazim pilih genre hip hop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mencari kelainan dalam menyampaikan lagu berunsur ketuhanan, penyanyi Ezad Lazim muncul dengan single bergenre hip hop.

Menjalinkan kerjasama dengan dengan dua rapper muda, Bobby D dan Red Rahimad, jelas bekas vokalis utama kumpulan Exist ini juga,  Cahaya adalah lagu yang cukup menyentuh jiwa.

“Mereka yang mempelawa saya untuk terbabit dalam projek ini. Walaupun semunya terjadi dalam tempoh singkat, saya okay sebab lagu ini cukup menarik perhatian saya. Ditambah pula, lagu ini berentak hip hop. Jarang sangat saya rakam lagu sebegini, sebelum ini pernah dengan Waris.

“Cuma, lagu ini sedikit berbeza kerana ia berkonsepkan ketuhanan. Jadi, bagi saya tidak salah untuk mencuba sesuatu yang lain pula. Apabila lagu ini dilancarkan pada bulan Ramadan, ia memang kena dengan kisah lagu ini.

“Kisah macam mana seseorang yang sebelum ini jahat, kemudian mendapat hidayah untuk berubah dan minta pengampunan atas segala dosa. Saya yakin, bagi sesiapa yan mendengar lagu ini akan berasa dekat dan dapat menghayatinya,” katanya.

Menurut Ezad, kolaborasi itu juga memberi peluang untuk dirinya mendekati peminat dalam kalangan generasi baharu.

“Saya dengar lagu ini dua tiga hari sebelum rakaman. Walaupun pertama kali dengar, tapi bagi saya okay dan tak susah. Malah, mereka juga beri kebebasan untuk saya nyanyi dan warnakan lagu ini. Jadi tak ada masalah.

“Lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya Red Rahimad. Sejujurnya, ia memberikan satu pengalaman baharu kepada saya. Sebab selama ini tak pernah lagi bekerjasama dengan komposer dan rapper baharu.

“Kadang terfikir juga artis lama kena kerjasama dengan pendatang baharu. Apatah lagi bagi kategori hip hop di mana sekarang muzik ini kembali diminati dan mendapat tempat. Kalau perasan pun, banyak lagu hip hop sedang meningkat naik. Jadi, saya juga kena ikut ‘trend’ semasa.

“Mengambil contoh macam Datuk M Nasir, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Jamal Abdillah, percubaan mereka pun menjadi. Selain itu, diharapkan kerjasama ini saya dapat mengumpul peminat dalam kalangan generasi baharu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya