Doakan saya kahwin - Awi Rafael - Utusan Malaysia

Doakan saya kahwin – Awi Rafael

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer, Awi Rafael, 34, memberitahu dia sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujang namun masih belum menemui suri hati pilihan hati.

Jelasnya, dia mahukan seorang wanita yang dapat memahami kerjayanya malah mempunyai hala tuju yang sama.

“Insya-Allah akan hadir jodoh, tetapi sekarang fokus dengan bisnes Newsantara dan muzik spektrum untuk anak-anak autism.

“Doakan saya supaya dapat seorang wanita yang menerima saya seperti mana dalam lagu ini. Saya tak pernah nak perlukan peneman, ikut hati di usia 20an sudah nak kahwin.

“Sekarang saya sangat yakin di usia sekarang di mana sudah stabil, maka sudah tiba masanya, tunggu jiwa yang serasi untuk bersama-sama menukar kehidupan orang lain dengan lebih baik.

“Doakan lah saya kahwin,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single duet pertama dengan pelakon Julia Farhana.

Untuk rekod, terdahulu penyanyi Bila Aku Jatuh Cinta itu bertunang dengan aktres Atikah Suhaime namun putus di tengah jalan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya