Caprice lancar tabung bantu ‘Abang Burger’ - Utusan Malaysia

Caprice lancar tabung bantu ‘Abang Burger’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan selebriti media sosial, Caprice atau Ariz Ramli, 32, melancarkan tabung dana untuk membantu peniaga burger yang tular dikompaun RM50,000.

Menurut penyanyi lagu Wat Lek Wat Peace itu, dia telah menghubungi peniaga yang dikenali Faisal bagi mendapatkan keizinan menggerakan tabung dana untuk membantu pembayaran kompaun berkenaan dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah kita dapat hubungi abe Faisal. Kalau abe kata setuju, Caprice akan buka tabung kitafund atau tabung awam untuk bantu lunaskan kompaun RM50,000 yang dia kena bayar sebelum 9 Mei (lima hari sebelum raya). InsyaAllah! Kita jaga kita,” kongsi Caprice di Instagramnya yang mendapat pujian warganet.

Terdahulu, tular seorang peniaga burger dikenali sebagai Wan Mohd. Faisal berkongsikan kisahnya dikompaun sebanyak RM50,000 oleh polis ketika sedang berniaga di hadapan rumah sendiri di akaun Facebook miliknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya