Bulan puasa ni! - Mona bengang ‘dirisik’ syarikat perjudian - Utusan Malaysia

Bulan puasa ni! – Mona bengang ‘dirisik’ syarikat perjudian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Mona Allen, terkejut apabila dia ditawarkan untuk menjalankan kegiatan pengiklanan perjudian baru-baru ini.

Ketika dihubungi, pelakon drama Monalisa itu berkata, dia menerima mesej tersebut menerusi akaun Instagram miliknya. Tambah Mona, dalam senario berlainan, gambar suaminya, Pekin Ibrahim turut disalah guna.

“Terkejut terima direct message itu. Sekarang ini berleluasa kegiatan mereka mencuba untuk bekerjasama mempromosikan iklan judi sampaikan gambar Pekin pun ada yang salah gunakan. Tapi kami sudah pun membuat laporan polis,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu individu yang menggunakan nama Hanna kononnya selaku pengurus syarikat kasino menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan Mona menerusi akaun TikTok.

“Anda akan dibayar upah bulanan untuk iklan ini. Sudi ke tidak anda bekerjasama dengan kami?,” tulis Hanna.

Mona atau nama penuhnya Munna Hafiraneza Allen, 35, kemudiannya ‘mentarbiah’ individu tersebut sehinggakan dia memohon maaf.

“Kasino, awak serius ke? Bulan puasa ini, awak bukan Muslim ke?” balas Mona.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya