KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon popular, Neelofa akhirnya ‘bersuara’ berhubung isu tular melibatkan urusan kerjanya di Langkawi yang didakwa warganet sebelum ini sebagai berbulan madu.
Menerusi Instastorynya, Neelofa berkata, dia tidak menyangka sebelum cawangan Chatimenya dibuka di Langkawi, berjuta orang sudah mula memperkatakan isu yang sohor kini beberapa hari lalu.
“Bertenang semua di luar sana. Tak lancar lagi pemasaran percuma sudah gegar satu negara. Syukur rezeki Allah atur.
“Sekarang berjuta orang tahu cawangan Chatime saya akan dibuka di Langkawi,” katanya.
Sebelum ini kecoh apabila ada yang mendakwa Neelofa dan suaminya, Haris Ismail melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri untuk berbulan madu.
Namun Chatime dalam satu kenyataan berkata, tujuan pasangan itu ke destinasi pelancongan itu adalah untuk lawatan kerja berhubung pembukaan cawangan baharu.