Ayda Jebat dedah hampir keguguran - Utusan Malaysia

Ayda Jebat dedah hampir keguguran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mendedahkan dia hampir keguguran kerana berhadapan tekanan kerja selain kecewa dengan berita kehamilan yang disiarkan tanpa izin dirinya dan suami, Nabil Mahir.

Menurut Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, lebih menakutkan dia juga terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami pendarahan.

“Saya bekerja dengan banyak jenama. Jadi saya memerlukan masa untuk mengatur semua kerja. Namun disebabkan berita yang disiarkan tanpa keizinan membuatkan semua jenama itu perlukan komitmen segera daripada saya.

“Disebabkan komitmen kerja saya terlalu padat dalam tempoh yang singkat, menyebabkan saya penat sehingga hampir mengalami keguguran akibat pendarahan yang berlaku,” katanya dalam satu sidang akhbar sebentar tadi.

Terdahulu, Ayda berkongsi khabar gembira apabila dia sedang hamil anak pertama dengan usia kandungan memasuki empat bulan.

“Insya-Allah saya dijangka bersalin pada Oktober depan. Buat masa ini jantina anak kami rahsiakan dahulu. Kami akan mengadakan majlis pengumuman istimewa nanti.

“Soal alahan memang saya akui mengalaminya. Pernah suatu malam saya tiba-tiba terjaga daripada tidur dan muntah atas katil. Saya juga mengalami alahan bau, tetapi bukan bau makanan cuma bau dapur dan cecair pembasmi kuman,”jelasnya.

Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas mengadakan majlis pertunangan atas talian pada 28 April tahun sebelumnya kerana terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya