Pertemuan kami dirancang secara kebetulan. Gusar juga hati saya. Entah dia mahu atau tidak dibingkaikan sebagai wajah sampul hadapan Pancaindera minggu ini. Di mata ramai, dia seorang legenda rock yang punya identiti sendiri. Melangkah ke ruang pejabat, Amy Search datang dengan menyarung jaket merah, menyerlahkan auranya. Ternyata walaupun namanya kekal harum di laman seni, tatkala dia disanjung tinggi namun jiwanya kekal membumi. Tidak lekang senyuman menemani kami sepanjang sesi fotografi berlangsung. Bual bicara kami berkisar tentang industri dan dirinya sendiri. Tidak kekok malah dia buat saya rasa selesa biarpun gugup…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya