Soalan
1. Apa hukumnya orang berkata dia mahu keluar dari agama Islam. Adakah dia sudah murtad?
2. Apakah hukumnya orang yang ada saka walhal dia tidak tahu saka itu diperturunkan oleh keluarganya kepadanya? Akan sukarkah nanti jika dia meninggal dunia?
Shahril Alimin
Gombak
Jawapan
1. Ya, orang yang menyatakan dia ingin keluar Islam itu memang menjadikan seseorang itu murtad. Namun menyatakan seseorang itu secara yakin itu adalah kuasa hakim bukan kuasa saya sebagai pendakwah.
2. Saka adalah istilah temurun temurun dan ia adalah permainan jin yang tidak wujud perjanjian kita dengan jin. Semua itu adalah khurafat yang wajib kita jauhi. Banyak membaca al-Quran dan berzikir, Insya-allah dijauhi daripada gangguan jin.