Kebelakangan ini bidang fotografi makin suram akibat perkembangan teknologi yang semakin pesat. Hanya individu yang cekal dan berkebolehan mampu bertahan.
Figura dalam staging photo, Yaman Ibrahim, juru foto profesional yang berjinak dalam bidang seni sejak di bangku sekolah. Beliau antara juru foto profesional tempatan yang menjadi idola ramai.
Selepas memiliki kamera pertama jenis Yashica, kemahirannya ke atas fotografi semakin mendalam. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dan berkhidmat sebagai guru selama 10 tahun.
Yaman turut memenangi beberapa anugerah dalam pertandingan fotografi antarabangsa. Beberapa anugerah pertandingan fotografi yang dimenanginya menjadikan inspirasi kepada beliau. Pada tahun 2008, beliau menubuhkan Neo Studio sekali gus menjadikannya juru foto bebas sepenuh masa.
Antara anugerah yang pernah dimenangi beliau, Anugerah Juru foto Terbaik 2007 dan 2008 DCM (UK), 2008, Juru foto Perkahwinan terbaik 2009 ‘digital Photographer Magazine UK’ dan menjadi Duta Global kepada sebuah jenama kamera.