Uqasha, Kamal dedah pusat peranginan tanah tinggi lokasi perkahwinan - Utusan Malaysia

Uqasha, Kamal dedah pusat peranginan tanah tinggi lokasi perkahwinan

KAMAL Adli dan Uqasha Senrose memilih pusat peranginan tanah tinggi lokasi perkahwinan mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Pusat peranginan tanah tinggi terkenal bakal menjadi lokasi pernikahan pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli.

Berkongsi perancangan perkahwinan kepada media, pasangan ini turut mendedahkan akan mengadakan tiga majlis berbeza.

“Lokasi itu memang dipilih kami berdua. Mengapa pilih lokasi itu sebab suasana yang sejuk.

“Kami juga akan mengadakan tiga majlis. Majlis pertama akan beri keutamaan kepada keluarga dan media, yang kedua khas buat rakan artis dan media yang terlepas pandang yang ketiga pula untuk peminat. Cuma tarikhnya kami masih rahsiakan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu ditanya mengenai persiapan majlis perkahwinan yang berbaki beberapa bulan lagi. Kata Uqasha ,29, saat ini dia dan Kamal sendiri sudah membahagikan masa dengan baik agar apa yang direncanakan berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah semuanya dipermudakan. Malah ketika ini boleh dikatakan hampir 80 peratus persiapan untuk majlis pertama sudah selesai.

“Cuma buat masa sekarang saya dan Kamal sendiri masih melunaskan tanggungjawab dalam bidang lakonan. Apa yang agak mencabar sekarang mahu selaraskan jadual kami.

“Saya sendiri selepas tamat sahaja penggambaran drama Rindu Separuh Nyawa baru akan beri tumpuan kepada persiapan dan perniagaan saya,” katanya.

Sementara itu pasangan ini mencuri perhatian apabila Kamal membuat kejutan melamar Uqasha ketika siaran langsung Anugerah Meletop Era 2020, Disember lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya