Sel fuel adalah sejenis peranti seperti bateri yang mampu menjana kuasa elektrik. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan antara sel fuel dengan bateri yang kebiasaannya digunakan dalam aplikasi kehidupan seharian seperti telefon bimbit, kereta dan sebagainya. Sel fuel mampu menghasilkan tenaga elektrik secara berpanjangan. Perbezaan utama ialah sel fuel mampu membekalkan tenaga elektrik untuk jangka masa yang panjang berbanding dengan bateri yang hanya mampu menjalankan fungsinya dalam tempoh tertentu. Sel fuel mampu menghasilkan tenaga elektrik secara berpanjangan selagi dibekalkan dengan bahan bakar dan oksidan untuk digunakan dalam tindakbalas elektrokimia bagi menukar oksidan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya