MESTI pembaca ingat Cik Bunga nak kongsikan cerita hantu. Maaflah, kalau nak cerita hantu, anda boleh baca di muka surat lain dalam Mingguan Malaysia ini ya!
Cik Bunga sebenarnya tak sangka, sehingga ke hari ini masih ada kalangan pengarah mahupun penerbit kita yang buat kerja macam ini. Kerja macam mana tu? Ha inilah nak cerita sikit.
Nak dijadikan cerita, ada beberapa orang bakat baharu mengadu pada Cik Bunga. Mereka rasa seakan kena scam dengan beberapa nama pengarah dan penerbit drama tempatan ini semata-mata atas nama hendakkan job.
Ibaratnya, kalau nak job awak kena datang ke rumah saya pukul 1 pagi, baru boleh fokus untuk tengok dan praktis lontaran dialog atau berlakon macam mana.
Modus operandinya lebih kurang sama sahaja digunakan oleh kelompok pengarah dan penerbit ini. Cik Bunga ada senarai namanya, tapi tak naklah beritahu di sini.
Tak usahlah nak membohong, latihan berlakon apanya di keheningan pagi buta di rumah orang tu? Cik Bunga pun tak buat cerita ya. Ada segelintir bakat baharu ni yang mengadu mereka cuba dicabul oleh pengarah dan penerbit ini semasa berada di situ.
Nama pun budak baharu, naif lagi dalam industri seni, Kalau ada pengarah atau penerbit yang minta mereka datang rumah untuk bagi job, tentulah mereka fikir ia betul. Niatnya nak kerja, tapi begitu pula jadinya.
Lelaki sama lelaki itu sudah satu hal. Perangai keji macam inilah yang menjadikan industri kita terlihat jijik! Macam mana orang nak hormat kerja atau kedudukan kita kalau diri sendiri yang buat tahi.
Esok-esok, kalau orang seperti ini jatuh tersungkur ke tanah, Cik Bunga tak pelik. Sebab kifarah itu memang wujud. Tunggu sahajalah aib awak tu terbuka sendiri. Nanti Cik Bunga duduk tepi tengok sambil makan bertih jagung saja.