Kebimbangan pengguna mengenai makanan yang sudah diusik sama ada yang disengajakan atau tidak disengajakan sejak pandemik, mendorong jenama produk roti, Massimo melancarkan pembungkusan roti tamper-evident. Pembungkusan inovatif itu adalah satu kemajuan besar dalam industri pembuatan roti komersil itu, sebagai respons kepada kebimbangan disuarakan pengguna mengenai keselamatan produk makanan semasa wabak Covid-19. Merealisasikan impian itu, The Italian Baker Sdn Bhd melabur RM1 juta ke dalam teknologi pembungkusan pengedap keselamatan laser-seal tamper-evident dari Amerika Syarikat (AS) bagi memastikan produknya selamat untuk pengguna. Pengarah Urusannya, Jeremy Goon, berkata teknologi itu bertujuan memberi amaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya