MENDERITA seorang diri selepas didiagnosis kanser paru-paru, pastinya memberi tekanan maha hebat. Marah, takut dan kemurungan saling bertingkah dalam diri, lebih-lebih lagi ramai dalam kalangan pesakit merasakan penyakit itu tidak ada penawarnya. Mereka hanya menanti maut! Itu pengalaman dilalui Koh Siang Kai, 71. Koh Siang Kai. Mengimbau insiden dilalui lima tahun lalu, katanya apabila didiagnosis kanser paru-paru, dia berasa dirinya seperti dihempas ombak besar. “Saya sangat tertekan, sedih dan marah. Saya ingat lagi saat saya duduk dalam bilik seorang diri. Saya bertanya sendiri, kenapa ini berlaku kepada saya? Saya kecewa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya